Sunday, April 1, 2012

M3NG@PA S3AL MEL3DAKKAN H3LIKOPTER M3REKA ketika menyerang 0s@ma

















































N@vy S3AL Team Six yang menyerbu kediaman 0sama bin Lad!n di kota Abottabad, Pakistan, meledakkan helikopter mereka yang jatuh karena masalah mesin. Kini diketahui mengapa hal itu dilakukan oleh S3AL.

Menurut pengamat penerbangan, seperti dilaporkan ABC news, helikopter yang digunakan dalam penyerbuan 0sama merupakan salah satu rahsia yang paling dijaga oleh tentera AS, iaitu helikopter halimunan Blackhawk, yang kewujudan selama ini masih khabar angin  dan belum pernah dipertonton kepada awam.


“Ini pertama kali kita melihat helikopter halimunan beraksi,” Bill Sweetman dari Institut Teknologi Pertahanan. Menurut pengamat, foto-foto sisa helikopter yang muncul di internet memperlihatkan bahawa helikopter tersebut bukan helikopter biasa. “Sesuatu yang tak biasa adalah helikopter itu punya piring di atas baling-baling yang berfungsi untuk meredam bunyi dan untuk mengelak radar,” ujar Daniel Goure dari Lexington Institute.


Menurut warga Abottabad yang diwawancarai ABC news, mereka tidak mendengar bunyi helikopter datang hingga helikopter benar-benar berada di atas kepala mereka. Sementara warga lainnya mengatakan aliran elektrik dan telefon bimbit  tiba-tiba mati, dan menyala semula setelah helikopter pergi. Sejauh ini  pejabat Pentagon belum mahu komen atas hal ini.

Salah satu kunci teknologi halimunan berada pada material badan pesawat yang sangat dirahasiakan. “Kini orang-orang di Pentagon kuatir sisa-sisa helikopter tersebut dalam perjalanan menuju China, kerana kita tahu China berupaya membuat pesawat halimunan,” ujar Richard Clarke, mantan pejabat anti penganas White House. tentera China diketahui memiliki hubungan erat dengan tentera Pakistan.

Dalam tayangan ABC, kelihatan warga sekitar serta kanak-kanak mengumpulkan bahagian-bahagian kecil helikopter. Sementara bahagian-bahagian besar kelihatan dibawa ke atas  track bertutupkan kain oleh para petugas Pakistan dan tak diketahui tujuannya.

Lakaran artis
























RAH-66 Comanche AS$13 juta (anggaran) tiap satu pada tahun 1995
projek di batalkan pada tahun 2004 kerana kos yg tinggi













No comments:

Post a Comment