Musim dingin di Jepon tahun ini amat sejuk. Semua tertutup salji. Udara yang dingin menusuk sampai ke tulang sumsum membuat warga kebanyakan enggan ke luar rumah dan lebih memilih tinggal berdekatan dgn api.
Pagi itu, seperti biasa Profesor berangkat mengajar ke kampus. Dia seorang profesor yang sangat setia pada kerjanya. Udara yang sangat dingin tidak membuatnya malas untuk menempuh jarak yang jauh menuju kampus tempat ia mengajar. Usia yang semakin senja dan tubuh yang semakin rapuh juga tidak membuat dia memberi alasan untuk tetap tinggal di rumah. Begitu juga Hachiko, salji yang tebal dimana-mana tidak mengikis kesetiaan menemani tuannya berangkat ke tempat kerja. Dengan jaket tebal dan payung yang terbuka, Profesor Ueno berangkat ke stesen Shibuya bersama Hachiko.
Tempat mengajar Profesor Ueno sebenarnya tidak terlalu jauh dari tempat tinggalnya. Tapi memang sudah menjadi kesukaan dan kebiasaan Profesor untuk naik kereta api ketika pergi mahupun pulang dari universiti.
Kereta api datang tepat pada waktunya. Bunyi gemuruh beserta terompet panjang seakan2 sedikit menghangatkan stesen yang penuh dengan orang-orang yang sudah menunggu. Seorang pekerja kereta api yang sudah hafal dengan Profesor Ueno segera berteriak akrab ketika kereta api berhenti. Ya, hampir semua pegawai stesen mahupun pegawai kereta api kenal dengan Profesor Ueno dan anjingnya yang setia itu, Hachiko. Kerana memang sudah bertahun-tahun dia menjadi pelanggan setia kenderaan bahan bakar arang batu itu.
Setelah membelai dengan kasih sayang anjingnya. dua orang sahabat karib, Profesor naik ke pintu yang biasa mereka berada. Hachiko memandang dari tepi ke arah profesor dalam kereta api, seakan2 dia ingin mengucapkan,” saya akan menunggu tuan kembali.”
Anjing manis, jangan pergi ke mana-mana ya, jangan pergi sebelum tuan kamu ini pulang!” teriak setengah pegawai kereta api sambil berkelakar.
Seakan2 memahami ucapan itu, Hachiko menyambut dengan suara agak keras,”guukh!”
Tidak berapa lama petugas balkon meniup wisel panjang, bermakna kereta api akan berangkat. Hachiko pun tahu erti tiupan wisel panjang itu. Dia seakan-akan bersiap melepaskan pemergian profesor tuannya dengan menyalak ringan. Dan didahului semburan asap yang tebal, kereta api pun berangkat. Gegaran yang agak kuat membuat salji-salji yang melakat pada daun sekitar stesen jatuh sedikit.
Di kampus, Profesor Ueno selain mengajar, dia juga ada tugas menyelesaikan ujikaji di makmal. bile selesai mengajar di kelas, dia segera siap-siap memasuki lab untuk ujikajinya. Udara yang sangat dingin di luar menyejukkan Profesor yang kebetulah berada di koridor kampus.
Tiba-tiba ia berasa sesak sekali di dadanya. Seorang staf pengajar yang lain yang melihat Profesor Ueno bingung segera memapahnya ke klinik kampus. bermula dari hal yang sederhana itu, tiba-tiba kampus jadi heboh karena Profesor Ueno pengsan. Doktor yang memeriksanya mengatakan Profesor Ueno menderita penyakit jantung. Mereka berusaha menolong dan menyedarkan kembali Profesor. Namun nampaknya usaha mereka sia-sia. Profesor Ueno meninggal dunia.
Segera keluarga Profesor dihubungi. Mereka datang ke kampus dan memutuskan membawa jenazah profesor ke kampung halaman mereka, bukan kembali ke rumah Profesor di Shibuya.
Menjelang malam udara semakin dingin di stesen Shibuya. Tapi Hachiko tetap tidak bergerak dengan menahan udara dingin dengan perasaan gelisah. Seharusnya Profesor Ueno sudah kembali. Sambil mundar-mandir di sekitar balkoni Hachiko mencuba mengusir kegelisahannya. Beberapa orang yang ada di stesen merasa hiba dengan kesetiaan anjing itu. Ada yang mendekati dan mencuba menghiburnya, namun tidak boleh menghilangkan kegelisahannya.
Malam pun datang. Stesen semakin sepi. Hachiko masih menunggu di situ. Untuk menghangatkan badannya dia duduk di sudut salah satu ruang tunggu. Sambil sesekali melompat menuju balkoni setiap kali ada kereta api datang, mengharap tuannya ada di antara penumpang yang datang. Tapi selalu saja dia kecewa, kerana Profesor Ueno tidak pernah datang. Malah hingga esoknya, dua hari kemudian, dan hari-hari berikutnya dia tidak pernah datang. Namun Hachiko tetap menunggu dan menunggu di stesen itu, mengharap tuannya kembali. Tubuhnya pun mulai menjadi kurus.
Para pegawai stesen yang kasihan melihat Hachiko dan ingin tahu kenapa Profesor Ueno tidak kembali dan mencuba mencari apa yang terjadi. Akhirnya dapat kabar bahawa Profesor Ueno telah meninggal dunia, malah telah dikebumikan oleh keluarganya.
Mereka pun berusaha memberi tahu Hachiko bahawa tuannya tak akan kembali lagi dan memujuk agar dia tidak perlu menunggu lagi. Tetapi anjing itu seakan tidak percaya, atau tidak peduli. Dia tetap menunggu dan menunggu tuannya di stesen itu, seakan dia yakin bahawa tuannya pasti akan kembali. Semakin hari tubuhnya semakin kurus kering kerana jarang makan.
Akhirnya tersebarlah berita tentang seekor anjing yang setia terus menunggu tuannya walaupun tuannya sudah meninggal. Orang ramai banyak yang datang ingin melihatnya. ramai yang terharu. Malah sebahagian sempat menitiskan air matanya ketika melihat dengan mata kepala sendiri seekor anjing yang sedang duduk dekat pintu masuk menunggu tuannya yang sebenarnya tidak akan kembali. Mereka yang simpati ada yang memberi makanan, susu, malah selimut agar tidak sejuk.
Selama 9 tahun lebih, dia muncul di stesen setiap harinya pada pukul 3 petang, saat dimana dia biasa menunggu kepulangan tuannya. Namun hari-hari itu adalah saat dirinya terseksa kerana tuannya tidak kunjung tiba. Dan di suatu pagi, seorang petugas kebersihan stesen mengelabah melaporkan kepada pegawai keselamatan. kemudian suasana menjadi riuh. Pegawai itu menemui tubuh seekor anjing yang sudah kaku duduk di sudut ruang tunggu. Anjing itu sudah menjadi mayat. Hachiko sudah mati. Kesetiaannya kepada tuannya pun dibawa sampai mati.
Orang awam yang mendengar kematian Hachiko segera bergegas ke stesen Shibuya. Mereka umumnya sudah tahu cerita tentang kesetiaan anjing itu. Mereka ingin menghormati untuk kali terakhir . Menghormati sebuah erti kesetiaan yang kadang2 tidak berlaku pada manusia.
No comments:
Post a Comment