Monday, April 23, 2012

D! s3bal!k pul@u S!lm!d0

Tahun 1960an , Korea utara menghantar komando memasuki korea selatan bertujuan untuk bunuh presiden korea selatan tetapi tidak berjaya. Korea selatan mengetahui hal itu lalu merancang sesuatu iaitu menubuhkan Unit 684. mereka pergi ke penjara dan mencari sesiapa yang tiade saudara, penjenayah berat, dan yang menjalani hukum penjara yang lama. tujuan untuk menjadikan meraka askar. Mereka berjaya mancari dan memperolehi 31 orang . Mereka akan diberi latihan khas supaya mereka menjadi pembunuh yang terlatih. Tugas mereka senang sahaja. Apabila tamat latihan, mereka semua akan menyeludup masuk ke Korea utara dan bunuh pemimpin2 Korea utara.

Semasa menjalani latihan ada yang mati kerana latihan yang amat dasyat mereka ibarat seperti tawanan , mereka tiada hubungan dengan siapa2. Bertahun2 dan tiap2 hari mereka di paksa berlatih separuh mati supaya mereka boleh menjadi pembunuh terbaik di dunia. Yang mati itu kerana latihan yang amat teruk dan ada yang nak melarikan diri oleh itu terpaksa di bunuh kerana itu adalah rancangan yang sangat2 sulit. 

Tetapi setelah melihat hubungan antara kedua2 negara kelihatan seperti kearah positif. Pihak kerajaan merancang untuk membatalkan rancangan itu. kerajaan Korea Selatan memberi arahan untuk menamatkan Unit 684 di pulau silmido.

Pada suatu ketika mereka yang tinggal dapat tahu kerajaan korea selatan membatalkan rancangan Unit 684 untk menyeludup ke korea utara dan mereka di arahkan untuk di bunuh supaya rancangan sulit itu dapat di rahsiakan kepada umum.
Mereka memberontak menentang tentera2 yang dikerah melatih dan mengawal mereka. Disebabkan mereka amat terlatih kerana menjalani latihan khas yang amat memeritkan mereka membunuh orang2 yang menjaga dan melatih mereka sendiri.

Oleh itu mereka berjaya keluar dari tempat sulit yang mereka berada iaitu Pulau Silmido. Tinkdakan seterusnya mereka merampas satu bas dan merancang untuk pergi ke bandaraya korea selatan tujuannya untuk bertemu presiden mereka dan mempersoalkan kenapa kerajaan memperlakukan mereka sebegini iaitu membunuh rakyat sendiri yang telah di latih untuk membunuh pemimpin korea utara.

Tetapi rintangan mereka amat sukar kerana tentera korea selatan sudah mengepung laluan ke sana dan menyerang mereka. akhirnya mereka mati di dalam bas dan ada beberapa yang masih hidup di arahkan untuk di bunuh supaya dapat menutup rahsia itu.

Kisah yang amat sedih ini adalah amat sulit tetapi akhirnya terdedah juga dan telah di filemkan dan mendapat sambutan yang hebat

Kim Shin Jo selepas menyerahkan diri

Tengkorak dan tulang bersilang moto Unit 684

Unit 684.

Berkemahiran yang tinggi


Sebahagian dari latihan mereka



Salah satu daripada anggota yang cedera 684 Unit dibawa keluar.Dia kemudiannya meninggal



Saturday, April 14, 2012

Hach!k0 M0nog@tar! (s3d!h)

Seorang Profesor setengah tua tinggal sendirian di Kota Shibuya. Namanya Profesor Hidesamuro Ueno. Dia hanya ditemani seekor anjing kesayangannya, Hachiko. Begitu akrab hubungan anjing dan tuannya itu sehingga kemanapun pergi Hachiko pasti menghantar. Profesor itu setiap hari berangkat mengajar di universiti selalu menggunakan kereta api. Hachiko pun setiap hari setia menemani Profesor hingga stesen. Di stesen Shibuya ini Hachiko dengan setia menunggu tuannya pulang tanpa berganjak hingga profesor kembali.. Dan ketika Profesor Ueno kembali dari mengajar, dia selalu mendapati Hachiko sudah menunggu dengan setia di stesen. Begitu setiap hari yang dilakukan Hachiko tanpa pernah rasa bosan.

Musim dingin di Jepon tahun ini amat sejuk. Semua tertutup salji. Udara yang dingin menusuk sampai ke tulang sumsum membuat warga kebanyakan enggan ke luar rumah dan lebih memilih tinggal berdekatan dgn api.

Pagi itu, seperti biasa Profesor berangkat mengajar ke kampus. Dia seorang profesor yang sangat setia pada kerjanya. Udara yang sangat dingin tidak membuatnya malas untuk menempuh jarak yang jauh menuju kampus tempat ia mengajar. Usia yang semakin senja dan tubuh yang semakin rapuh juga tidak membuat dia memberi alasan untuk tetap tinggal di rumah. Begitu juga Hachiko, salji yang tebal dimana-mana tidak mengikis kesetiaan menemani tuannya berangkat ke tempat kerja. Dengan jaket tebal dan payung yang terbuka, Profesor Ueno berangkat ke stesen Shibuya bersama Hachiko.

Tempat mengajar Profesor Ueno sebenarnya tidak terlalu jauh dari tempat tinggalnya. Tapi memang sudah menjadi kesukaan dan kebiasaan Profesor untuk naik kereta api ketika pergi mahupun pulang dari universiti.

Kereta api datang tepat pada waktunya. Bunyi gemuruh beserta terompet panjang seakan2 sedikit menghangatkan stesen yang penuh dengan orang-orang yang sudah menunggu. Seorang pekerja kereta api yang sudah hafal dengan Profesor Ueno segera berteriak akrab ketika kereta api berhenti. Ya, hampir semua pegawai stesen mahupun pegawai kereta api kenal dengan Profesor Ueno dan anjingnya yang setia itu, Hachiko. Kerana memang sudah bertahun-tahun dia menjadi pelanggan setia kenderaan bahan bakar arang batu itu.

Setelah membelai dengan kasih sayang anjingnya. dua orang sahabat karib, Profesor naik ke pintu yang biasa mereka berada. Hachiko memandang dari tepi ke arah profesor dalam kereta api, seakan2 dia ingin mengucapkan,” saya akan menunggu tuan kembali.”

Anjing manis, jangan pergi ke mana-mana ya, jangan  pergi sebelum tuan kamu ini pulang!” teriak setengah pegawai kereta api sambil berkelakar.

Seakan2 memahami ucapan itu, Hachiko menyambut dengan suara agak keras,”guukh!”
Tidak berapa lama petugas balkon meniup wisel panjang, bermakna kereta api akan berangkat. Hachiko pun tahu erti tiupan wisel panjang itu. Dia seakan-akan bersiap melepaskan pemergian profesor tuannya dengan menyalak ringan. Dan didahului semburan asap yang tebal, kereta api pun berangkat. Gegaran yang agak kuat membuat salji-salji yang melakat pada daun sekitar stesen jatuh sedikit.


Di kampus, Profesor Ueno selain mengajar, dia juga ada tugas menyelesaikan ujikaji di makmal. bile selesai mengajar di kelas, dia segera siap-siap memasuki lab untuk ujikajinya. Udara yang sangat dingin di luar menyejukkan Profesor yang kebetulah berada di koridor kampus.

Tiba-tiba ia berasa sesak sekali di dadanya. Seorang staf pengajar yang lain yang melihat Profesor Ueno bingung segera memapahnya ke klinik kampus. bermula dari hal yang sederhana itu, tiba-tiba kampus jadi heboh karena Profesor Ueno pengsan. Doktor yang memeriksanya mengatakan Profesor Ueno menderita penyakit jantung. Mereka berusaha menolong dan menyedarkan kembali Profesor. Namun nampaknya usaha mereka sia-sia. Profesor Ueno meninggal dunia.


Segera keluarga Profesor dihubungi. Mereka datang ke kampus dan memutuskan membawa jenazah profesor ke kampung halaman mereka, bukan kembali ke rumah Profesor di Shibuya.
Menjelang malam udara semakin dingin di stesen Shibuya. Tapi Hachiko tetap tidak bergerak dengan menahan udara dingin dengan perasaan gelisah. Seharusnya Profesor Ueno sudah kembali. Sambil mundar-mandir di sekitar balkoni Hachiko mencuba mengusir kegelisahannya. Beberapa orang yang ada di stesen merasa hiba dengan kesetiaan anjing itu. Ada yang mendekati dan mencuba menghiburnya, namun tidak boleh menghilangkan kegelisahannya.

Malam pun datang. Stesen semakin sepi. Hachiko masih menunggu di situ. Untuk menghangatkan badannya dia duduk di sudut salah satu ruang tunggu. Sambil sesekali melompat menuju balkoni setiap kali ada kereta api datang, mengharap tuannya ada di antara penumpang yang datang. Tapi selalu saja dia  kecewa, kerana Profesor Ueno tidak pernah datang. Malah hingga esoknya, dua hari kemudian, dan hari-hari berikutnya dia tidak pernah datang. Namun Hachiko tetap menunggu dan menunggu di stesen itu, mengharap tuannya kembali. Tubuhnya pun mulai menjadi kurus.

Para pegawai stesen yang kasihan melihat Hachiko dan ingin tahu kenapa Profesor Ueno tidak kembali dan mencuba mencari apa yang terjadi. Akhirnya dapat kabar bahawa Profesor Ueno telah meninggal dunia, malah telah dikebumikan oleh keluarganya.

Mereka pun berusaha memberi tahu Hachiko bahawa tuannya tak akan kembali lagi dan memujuk agar dia tidak perlu menunggu lagi. Tetapi anjing itu seakan tidak percaya, atau tidak peduli. Dia tetap menunggu dan menunggu tuannya di stesen itu, seakan dia yakin bahawa tuannya pasti akan kembali. Semakin hari tubuhnya semakin kurus kering kerana jarang makan.

Akhirnya tersebarlah berita tentang seekor anjing yang setia terus menunggu tuannya walaupun tuannya sudah meninggal. Orang ramai  banyak yang datang ingin melihatnya. ramai yang terharu. Malah sebahagian sempat menitiskan air matanya ketika melihat dengan mata kepala sendiri seekor anjing yang sedang duduk dekat pintu masuk menunggu tuannya yang sebenarnya tidak akan kembali. Mereka yang simpati ada yang memberi makanan, susu, malah selimut agar tidak sejuk.

Selama 9 tahun lebih, dia muncul di stesen setiap harinya pada pukul 3 petang, saat dimana dia biasa menunggu kepulangan tuannya. Namun hari-hari itu adalah saat dirinya terseksa kerana tuannya tidak kunjung tiba. Dan di suatu pagi, seorang petugas kebersihan stesen mengelabah melaporkan kepada pegawai keselamatan. kemudian suasana menjadi riuh. Pegawai itu menemui tubuh seekor anjing yang sudah kaku duduk di sudut ruang tunggu. Anjing itu sudah menjadi mayat. Hachiko sudah mati. Kesetiaannya kepada  tuannya pun dibawa sampai mati.

Orang awam yang mendengar kematian Hachiko segera bergegas ke stesen Shibuya. Mereka umumnya sudah tahu cerita tentang kesetiaan anjing itu. Mereka ingin menghormati untuk kali terakhir . Menghormati sebuah erti kesetiaan yang kadang2  tidak berlaku pada manusia.





Friday, April 13, 2012

K@pal p3rang m@lays!a #ms M@laya

Semasa Perang Dunia Pertama ramai rakyat malaya ni terutama nya yang tinggal di negeri selat menderma kepada kerajaan british untuk berperang di eropah.

Salah satu benda yang Federated Malay States atau Persekutuan Tanah Melayu ialah HMS Malaya, di namakan dari perkataan Malaya. Bertempur dengan beraninya di dua perang dunia WW1 dan WW2 HMS Malaya ni terselamat dari tenggelam semasa perang walau pun akhirnya HMS Malaya berakhir menjadi besi buruk. Jasa nya kepada British tak ternilai.

HMS Malaya ni bukan calang2 kapal
BB-6 dari kelas Queen Elizabeth class battleship dengan krew 1300 orang ia mempunyai persenjataan yang Hebat sangat.

eight 15-inch guns, twelve 6-inch guns, eight 4-inch A.A guns, sixteen 2-pdr AA guns, and 1 aircraft. 

Dari 1916 hingga 1944 HMS Malaya dengan bangga bertempur di pihak british sambil membawa Jata (Coat of Arms) Persekutuan Tanah Melayu.


Kelihatan Jata Persekutuan Tanah Melayu yang besar kat kapal tu.

cuba baca tulisan jawi kat bawah tu apa dia tulis? dapat baca tak?

"DIPELIHARA ALLAH"








Sunday, April 1, 2012

M3NG@PA S3AL MEL3DAKKAN H3LIKOPTER M3REKA ketika menyerang 0s@ma

















































N@vy S3AL Team Six yang menyerbu kediaman 0sama bin Lad!n di kota Abottabad, Pakistan, meledakkan helikopter mereka yang jatuh karena masalah mesin. Kini diketahui mengapa hal itu dilakukan oleh S3AL.

Menurut pengamat penerbangan, seperti dilaporkan ABC news, helikopter yang digunakan dalam penyerbuan 0sama merupakan salah satu rahsia yang paling dijaga oleh tentera AS, iaitu helikopter halimunan Blackhawk, yang kewujudan selama ini masih khabar angin  dan belum pernah dipertonton kepada awam.


“Ini pertama kali kita melihat helikopter halimunan beraksi,” Bill Sweetman dari Institut Teknologi Pertahanan. Menurut pengamat, foto-foto sisa helikopter yang muncul di internet memperlihatkan bahawa helikopter tersebut bukan helikopter biasa. “Sesuatu yang tak biasa adalah helikopter itu punya piring di atas baling-baling yang berfungsi untuk meredam bunyi dan untuk mengelak radar,” ujar Daniel Goure dari Lexington Institute.


Menurut warga Abottabad yang diwawancarai ABC news, mereka tidak mendengar bunyi helikopter datang hingga helikopter benar-benar berada di atas kepala mereka. Sementara warga lainnya mengatakan aliran elektrik dan telefon bimbit  tiba-tiba mati, dan menyala semula setelah helikopter pergi. Sejauh ini  pejabat Pentagon belum mahu komen atas hal ini.

Salah satu kunci teknologi halimunan berada pada material badan pesawat yang sangat dirahasiakan. “Kini orang-orang di Pentagon kuatir sisa-sisa helikopter tersebut dalam perjalanan menuju China, kerana kita tahu China berupaya membuat pesawat halimunan,” ujar Richard Clarke, mantan pejabat anti penganas White House. tentera China diketahui memiliki hubungan erat dengan tentera Pakistan.

Dalam tayangan ABC, kelihatan warga sekitar serta kanak-kanak mengumpulkan bahagian-bahagian kecil helikopter. Sementara bahagian-bahagian besar kelihatan dibawa ke atas  track bertutupkan kain oleh para petugas Pakistan dan tak diketahui tujuannya.

Lakaran artis
























RAH-66 Comanche AS$13 juta (anggaran) tiap satu pada tahun 1995
projek di batalkan pada tahun 2004 kerana kos yg tinggi